Mengapa Kitab al Umm tidak dijadikan Silabus Mengaji
@admin
Mengapa Kitab al Umm tidak dijadikan Silabus Mengaji
KENAPA KITAB AL-UMM TIDAK DIJADIKAN SILIBUS PENGAJIAN 1) Baru hari ini berkesempatan nak komen isu yang dibangkit seorang naugthyzen yang cuba mempertikaikan mengapa kitab karangan Imam Syafi'i رضي الله عنه sendiri, iaitu al-Umm tidak diajar di surau, masjid, pondok, madrasah dan lain². 2) Alasan yang dia lontarkan cukup dangkal kerana ia berbentuk fitnah yang tidak berasas. Sesiapa yang ingin tahu alasannya boleh cari sendiri di media sosial. 3) Mengapa bukan kitab al-Umm tidak dijadikan sumber pengajaran dan pembelajaran di peringkat perdana? mengapa hanya digunakan kitab² fiqh yang dikarang oleh ulama mutakhir mazhab Syafi'i seperti Imam Nawawi, Ibn Hajar, al-Ramli, Sheikhul Islam Zakaria al-Ansori, al-Khatib al-Syirbini dan ramai lagi رحمهم الله تعالى. 4) Senang cerita, kitab² mutakhir sudah dituntaskan dengan pandangan yang muktamad di dalam mazhab Syafi'i. Pendek cerita dalam kitab² fiqh mutakhir mudah untuk kita kenal pandangan yang kuat dan muktamad berbanding kitab² m…