Wasiat Syeikh Abdullah Fahim bin Syeikh Ibrahim (1869M - 1961M)

@admin
Wasiat Syeikh Abdullah Fahim bin Syeikh Ibrahim (1869M – 1961M) Berkenaan Manhaj Ahli Sunnah Wal Jama'ah Yang Menjadi Ijma' Ulama' Melayu di Tanah Melayu  * * * * * بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ اَلْحَمْدُ ِللهِ وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ، (أَمَّا بَعْدُ): “Tuan-tuan sedia maklum beratus-ratus tahun bahawa orang bangsa Melayu seMalaya ini dari peringkat ke bawah hingga ke peringkat ke atas, awam-awam, qadi-qadi, ulama’-ulama’, menteri-menteri hingga raja-raja sekalian mereka itu bermazhab dengan mazhab al-Imām al-Shāfiʿī ijmāʿan, tiada seorang pun yang bermazhab lain daripada mazhab Shāfiʿī (يَحْرُمُ خَرْقُ الْإِجْمَاعِ) “haram hukumnya mencarik/ merobek ijmaʿ”.  [MANHAJ FIQH] Ambil mereka itu hukum-hukum fiqh Shāfiʿī daripada kitab Tuḥfah dan kitab Nihāyah hingga kitab al-Umm dan mukhtaṣarātnya dan terjemahnya kepada bahasa Melayu seperti Sabīl al-Muhtadīn, Bughyat al-Ṭullāb dan Maṭlaʿal-Badrayn dan lainnya. [MANHAJ AQI…