Ibn Taimiyyah Berkata Neraka Itu Akan Binasa

@admin
Ibn Taimiyyah Berkata Neraka Itu Akan Binasa
Jahm Ibn Safwan adalah ketua bagi kelompok sesat Jahmiyyah di zaman dahulu yang mendakwa bahawa Syurga dan Neraka akan musnah. Setelah itu datang Ibn Taymiyyah mengarang sebuah kitab menolak ajaran Jahm Ibn Safwan ini dengan menamakan kitabnya الرد على من قال بفناء الجنة والنار  (bantahan terhadap orang yang mengatakan dengan kebinasaan syurga dan neraka). Pada anggapan Ibn Taymiyyah barangsiapa yang mengatakan syurga dan neraka binasa kedua-duanya sekali maka kafir dia, tetapi jika mengatakan neraka sahaja binasa itu maka itu tidak mengapa. Namun Ibn Taimiyyah telah mengambil separuh daripada pegangan Aqidah Jahm ibn Safwan berkenaan tentang Neraka dan dia cuba mengelirukan atau mewahamkan orang yang menelaah bukunya bahawa pendapat dia ini kononnya berdasarkan al-Quran dan Sunnah dan mendakwa tidak ada ijma‘ muslimin atas kekekalan neraka.  Kenyataan Ibnu Taimiyyah telah disokong oleh anak muridnya sendiri. Ibn Qayyim al-Jawziyyah meneruskan sebaran akidah yang batil ini daripada gurunya…